Thursday, January 27, 2011

Dialah Angel : Pengenalan :

Sinopsis

Angel, merupakan seorang pelajar baru di SMK Idola Kecil. Dia dianggap seorang yang 'cool', selamba, berami dan agak pendiam. Selama tiga minggu berturut-turut, Angel masih belum mempunyai teman di sekolah itu. Mujur ada Balqis. Balqis lah orang pertama yang menegur Angel sekaligus menjadi teman pertama Angel di sekolah itu. Pada minggu ketiga itu jugalah, dia bertemu dengan Harris, ketua bagi kumpulan 'The Guardians Of Light' . Apabila Harris mengetahui nama sebenar Angel, dia langsung membawa Angel bertemu dengan ahli-ahli 'The Guardians Of Light' yang lain. Angel telah dilantik menjadi salah seorang ahli kumpulan tersebut dan bersahabat baik dengan Deera, Shazlin dan Dayana. Akan tetapi, apabila Balqis mengetahui hal itu, dia mengancam Angel, jika Angel terus menjadi ahli The Guardians Of Light, dia akan  memutuskan talian persahabatan antaranya dan Angel. Angel yang terkejut dengan keputusan keputusan Balqis itu, terpaksa menjauhkan diri daripada TGOL (The Guardians Of Light) .. Deera tidak berpuas hati dengan sikap Angel, lalu bertanya kepada Angel. Pada mulanya, Angel membisu. Akhirnya apabila dipaksa, baru dia bersuara. Deera juga terkejut dengan cerita Angel lalu menceritakan siapa sebenarnya Balqis. Angel seperti tidak percaya dengan cerita Deera mengenai Angel. Siapa sebenarnya Balqis? Dan apa itu 'The Guardians Of Light'? Mari sama-sama kita ikuti kisah yg berunsur fantasi ini, dalam cerita pendek 'Dialah Angel' ..... :)

Watak

Angel - Seorang yang pendiam, cool dan dianggap selamba oleh pelajar-pelajar SMK Idola Kecil . Ahli baru dalam kumpulan 'The Guardians Of Light' dan memegang jawatan 'Angel Of Light'

Deera - Terkenal dengan sikapnya yang riang, lemah lembut dan bertimbang rasa. Juga ahli TGOL dan memegang jawatan 'Queen Of Light'

Harris - Ketua kumpulan TGOL dan meraih jawatan 'King Of Light'. Suka berlagak depan ahli-ahli TGOL yang lain tetapi, merupakan seorang yang berani, tidak mudah berputus asa dan baik hati. Pada mulanya dia menaruh hati pada Deera, namun kehadiran Angel sedikit sebanyak mengubah haluan hatinya.

Shazlin - Seorang yang pendiam dan feminine. Sangat suka membaca buku, dan memegang jawatan 'Dream Of Light' kerana suka sangat berangan.

Dayana - Mempunyai suara yang merdu, dan pandai bermain gitar. Oleh itu, dia diberi jawatan 'Star Of Light' kerana dirinya yang boleh bergelar seorang bintang.

Hadi - Sangat mementingkan kebenaran dan merupakan seorang pengawas sekolah. Dia diberi jawatan 'Justice Of Light'.

*Cerita rekaan semata-mata..* 


No comments:

Post a Comment