Wednesday, March 16, 2011

Dialah Angel : Episod 1

Semua pelajar-pelajar kelas 2 Gemilang sudah pun turun ke kantin untuk mengisi perut mereka yang kosong. Cuma Angel seorang sahaja yang masih berada di kelas. "Bosan gile sekolah ni.. Nak dapat seorang kawan pun susah ke?" rungut nya, sambil mendongak ke atas, memandang siling kelas itu yg berwarna putih.. Fikirannya bercelaru. Sudah tiga minggu dia bersekolah di sekolah itu, namun seorang pun tidak menegurnya.. "Apasal lah papa pilih sekolah yang entah apa ni.. Membosankan.." dengus hatinya..
  "Angel..." panggil satu suara, dari arah belakang sambil menepuk lembut bahunya. Angel menoleh ... "Balqis rupanya.." "Apasal tak turun? Tak lapar ke?" tanya Balqis "Tak lapar dan tak haus..." jawab Angel,spontan "Tak pelah, awak ambil coklat saya ni. Saya tahu awak tengah lapar. Cuma tak de mood nak turun kan?" ujar Balqis sambil menghulurkan coklat cadbury kepada Angel."Eh eh.. coklat? Tak nak ah.. Sakit gigi nanti.." "Mengada ah tu.. ambik ah.. Kalau tak mau, saya buang kat dalam tong sampah.." "Yala.. yala..." Angel mengambil coklat tersebut dari tangan Balqis. Kemudian, dia simpan coklat itu ke dalam poket.. "uii.. pasal tak makan?" "Nanti ah kat rumah. Yang awak sibuk sangat ni kenapa?" "Kan saya kawan awak.." ujar Balqis sambil tersenyum "Kawan? Sejak bile?" "Sejak hari ni.. sejak saat ni..." "Tak pelah.. thanks sebab sudi berkawan dengan saya.." "same-same.. tapi, awak kena janji satu hal dulu dengan saya.." "Apa die?" "Awak kena jadi best friend saya.. Boleh?" "Urm.. memandangkan awak kawan pertama saya, sejak saya masuk sekolah ni dua minggu yang lepas.. baiklah! saya akan jadi kawan baik awak..." Mereka berdua ketawa..

* Waktu Pulang * 

  Angel dan Balqis sedang berjalan menuju ke stesen bas. Tiba-tiba, Angel memberhentikan langkahnya. "Pasal?" tanya Balqis "Botol saya! Botol saya tertinggal kat kelas! Alamak!" "Tak pelah.. saya pergi dulu. Awak pi lah ambil botol awak tu.." "Ok..Ok!" Angel terus berlari menuju ke kelasnya. Di tengah jalan, 'DEBUKKK!!' Angel terlanggar seorang pelajar lelaki dan mereka berdua jatuh terduduk di atas lantai.. Pelajar lelaki itu segera bangun dan menghulurkan tangannya untuk menolong Angel. "Awak tak apa-apa?" "Tak pe.. saya boleh bangun sendiri."jawab Angel sambil menepis lembut tangan lelaki itu. "Ok.."  
  Angel memandang lelaki itu. Dari atas ke bawah. Dia hairan dengan cara pemakaian pelajar lelaki itu agak berlainan. "Awak pelajar sekolah mana? Aoasal lain sangat cara pemakaian awak ni?" "Kan saya ahli The Guardians Of Light. Tak kan awak tak kenal saya?" jelas pelajar lelaki itu. Angel terdiam seketika. "Oh, mungkin awak pelajar baru kot. Boleh saya tanya nama awak ape?" "Angelica." "urm.. Angelica? Boleh awak ikut saya?!" "Tapi, kenapa?" Tanpa menjawab soalan Angel, pelajar lelaki itu terus memaut tangan Angel dan membawanya ke satu bangunan di taman sekolah itu. "Garden Of Light? heh..." bisik hati Angel, membaca satu papan tanda di depan bangunan itu. Mereka melangkah masuk. Baru sahaja selangkah, kedengaran satu suara "Selamat Datang Ke The Garden Of Light!" Angel terkejut dengan suara tersebut. "Suara siapa tu?" "Suara komputer. Jomlah, masuk dalam.." ajak pelajar lelaki itu. Angel begitu terpegun dengan keindahan dekorasi dalaman bangunan itu.
  "Harris? Awak dah sampai?" ucap satu suara dari seorang gadis yang berambut pendek dan manis. Dia memakai sepasang baju kurung yang berbeza dengan baju kurung yang Angel pakai. Skirtnya berwarna hitam, dan di bahagian bawah sebelah kiri bajunya ada terlekat satu lambang kecil. "Lambang The Light Guardians, rasanya.." fikir Angel. Gadis tersebut juga, memakai satu riben di rambutnya, berwarna biru muda. "Yala, Harris.. Penat kami tunngu.. tengok, kuih yang Shazlin buat tadi pun tinggal sikit kami makan." seorang lagi gadis yang lebih kurang sebaya dengan Angel, bersuara. Pakaiannya juga persis dengan pakaian gadis berambut pendek tadi. Cuma rebennya sahaja yang berwarna ungu. "Erk. kita ke atau awak yang makan?" tanya gadis berambut pendek tadi, bergurau. "Hehehe.. erm, Ris.. sape yang kau bawa tu? Tak pena nampak pun.. tak bahaya ke awak bawa dia ke mari..?" "Oh ye! Saya terlupa. Erm, ni Angelica. Ingat tak puan pengetua pernah kata, kumpulan kita kurang seorang. Jadi, kita kena cari ahli yang bernama Angelica, pelajar baru sekolah ni?" "Oh, jadi awak rasa, dialah Angelica yang kita cari tu?" "Betul tu, Deera! Eh, saye terlupa pulak nak kenalkan diri! Nama saya Harris, ketua kumpulan TGOL dan memegang jawatan King Of Light. Die lak Nadeera, pemegang jawatan Queen Of Light dan itu Dayana, pemegang jawatan Star Of Light." jelas Harris, sambil menunjuk ke arah gadis yang berambut pendem tersebut dan seterusnya ke arah gadis yang satu lagi. Angel tersenyum sambil memperkenalkan dirinya dan berjabat tangan dengan mereka berdua.
  "Shazlin dan Hadi mana?" "Lin emergency, Hadi bertugas.." jelas Deera, menjawab soalan Harris. "Oh, tak pelah. Kalau macam tu, jom kita jumpa pengetua sekarang!" "Yeah! Jom!" teriak Dayana, riang..

By : Nagisa Ushio Hinamori [Nana DLuvers]

No comments:

Post a Comment