Wednesday, March 16, 2011

Dialah Angel : Episod 2

*Episod yang lalu :
"Shazlin dan Hadi mana?" "Lin emergency, Hadi bertugas.." jelas Deera, menjawab soalan Harris. "Oh, tak pelah. Kalau macam tu, jom kita jumpa pengetua sekarang!" "Yeah! Jom!" teriak Dayana, riang.. *

  "Eh, korang nak pi mana?" tanya seorang pelajar lelaki yang agak tembam, ketika Angel dan yang lain melintasi kantin sekolah untuk ke bilik pengetua. "Di? Apa yang kau buat kat sini? Sepatutnya kan kau tengah bertugas.." tanya Deera. "Aku ngah makan tengah hari ah.. Dah habis tugas aku. Korang nak pi mana?" "Kiteorang nak pegi jumpa puan pengetua.." jawab Harris. "Nak buat apa pula?" "Ingat tak, pasal ahli kita sebenarnya kurang seorang?" "Oh, ingat! Kenapa? Korang dah jumpa die?" "Dah.. ni kat sebelah aku.." jawab Harris sambil menunjuk ke arah sebelah kanannya.. "Mana? Ko tunjuk kat sape? Tak de sape-sape pun.." kata Hadi, sambil mencari ahli baru yang dimaksudkan.. Harris menoleh ke kanan. "Aik? Bukankah dia ada kat sini tadi? Mana die pegi?" tanya Harris, hairan sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. "Tu hah... tengah membeli kat kantin tuu........" jawab Deera. "Aduiii......." kata Hadi dan Harris..

  Setelah itu, mereka berjalan menuju ke bilik pengetua. "Assalammualaikum, Puan Zahra.." ucap mereka sambil mengetuk pintu bilik pengetua sekolah itu yang terbuka. "Waalaikumussalam. Harris dan yang lain rupanya. Marilah, masuk!" pelawa Puan Zahra. Mereka pun melangkah masuk. "Ada apa hal kamu semua datang ke sini ye?" tanya Puan Zahra. "Begini, puan. Puan ingat tak, Puan pernah kata yang kami kurang seorang lagi ahli? Kami ada bawa pelajar baru sekolah ni. Nama dia Angelica, sama seperti nama yang Puan pernah sebut tempoh hari." jelas Harris dengan begitu lancar. "Oh, awak Angelica ya?" Puan Zahra berjabat tangan dengan Angel. "urm.. Ya! Saya Angel.." jawab Angel dengan agak gugup. "Kalau betul, awak ni Angelica yang kami cari..Mari, ikut saya ke  sana tu." kata Puan Zahra sambil menunjuk ke arah satu kotak kecil yang terletak di atas meja, di penjuru bilik itu. "Erm.. ok.." 

  Puan Zahra mengambil kotak tersebut dan langsung membukanya. Di dalam, terdapat seutas loket. Terdapat logo TGOL pada nya. Loket tersebut berwarna merah, dan berbentuk hati. "Loket?" tanya Angel hairan. "Ye, cuba awak sentuh loket ini. Jikalau ia bercahaya, memang tak syak lagi, awaklah pemiliknya." jelas Puan Zahra. "Sa.. Sa.. Saya ke?" tanya Angel terketar-ketar. Puan Zahra mengangguk. Angel menelan liurnya. Dengan hatinya yang berdebar, dia cuba untuk menyentuh loket itu. Sejurus sahaja dia menyentuhnya, loket itu mengeluarkan cahaya, cahaya yang sangat terang dan mengeluarkan kabus. Angel menutup matanya rapat-rapat. Satu lembaga muncul keluar dari kabus itu. Saiznya kecil sahaja, seperti anak patung. Apabila Angel membuka matanya, lembaga kecil itu bersuara. "Hai! Saya Miki!" Angel terkejut. "Awak ni patung ke ape?" tanya Angel, kehairanan. "Die penjaga awak.." jawab Deera, Di sebelahnya juga terdapat seekor pari-pari persis seperti Miki. "Awak semua pun ade??" tanya Angel. Mereka semua mengangguk. "Ni saya punya, Vanila!" kata Deera. "Saya punya lak nme die Shine.." giliran Dayana pula bersuara. "Saya punya, Rhythm.." "Dan saya punya lak, Nero." kata Harris, diikuti dengan Hadi. "Ah.. urm.." Angel kehilangan kata-kata. Seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Wujud kah pari-pari? itulah antara soalan yang memenuhi kotak fikirannya. "Mulai sekarang, Miki yang akan menjaga kamu. Dia wujud dari impian kamu sendiri.." jelas Puan Zahra. Angel cuma mengangguk. 
  Tiba-tiba, pintu bilik itu diketuk seseorang. "Assalammualaikum.." ucapnya. Angel tergamam seketika. "Shazlin....." ucap Deera.  
- Bersambung -

Prepared by : Nagisa Ushio Hinamori (Nana DLuvers)

No comments:

Post a Comment