Wednesday, March 16, 2011

Dialah Angel : Episod 6

* Episod yg lalu :
Angel : Sebenarnya kita0rg nieyh..
Diba : Adik beradik angkat...
Deera dan kwn : Adik beradik angkat ?? (menjerit)
Adiba : Shhh...Jgn ckp kuat2 sgt..
Shazlin: Opps sorry..
Angel: tak pe..

Fienaz yg kebetulan berada di situ  telah mendengar perbualan mereka..

Fienaz : Yess...Nilah kesempatan aQ nk kenakan Angel..Tu larhh..Rampas lagi BF aQ.. *

Dayana datang menghampiri Angel, Diba, Deera dan Shazlin yg sedang rancak berbual.
"Worr.. bual pasal apa tu? Tak ajak aku pon... cian aku..." Dayana membuat mimik muka seakan-akan merajuk.
"Mai lah join klu nak... tak yah merajuk-rajuk lah..." cebik Deera.
"alaaa... tapi.. punye tapi.. korang ckp pasal apa eh? klu best, aku nak joinlah.. klu tak ... terima kasih jelah.."
"Ermm... Angel nk bagitau ke?" tanya Shazlin, disambut dengan anggukan oleh Angel. Shazlin mengerti maksud Angel lalu membisikkan sesuatu ke telinga Dayana. Seketika kemudian, Dayana ketawa dengan kuat. Mereka semua hairan. "Hahaha.. jangan lah korg buat lawak pulak! Takkan Adiba ni adik Angel kot. Muka punya jauh beza!!" kata Dayana. "Alaa.. kalau tak nak caya sudah. Aku ngan Angel ni adik-beradik angkat, kau tau?" tegas Adiba. Dengan serta merta, ketawa Dayana terhenti. "Biar benarr???" "Ye, memang benar!" jawab Shazlin, Deera dan Angel serentak. "Pelik bin ajaib lah.. Setahu aku, korang berdua tak pernah bertegur sapa pon.." Angel dan Adiba hanya tersenyum, langsung tidak menjawab persoalan Dayana.

*----*----*

 "Hai, Angel kan?" tegur seorang pelajar lelaki ketika Angel duduk di tempatnya dalam kelas. "Erm ... ya..." jawab Angel. 'Apasal lepas aku msk TGOL, banyak yg tegur aku yerk?' soal Angel dalam hati. "Perkenalkan, saya Azzam." Pelajar lelaki itu memperkenalkan dirinya, dan berjabat tangan dengan Angel. "Urm, saya ke sini nak bagi sesuatu dari Puan Zahra. Ni die." jelas Azzam sambil menghulurkan sepucuk surat ke Angel. "ah.. terima kasih banyak!" ucap Angel. "sama-sama. Kalau cam tu, saya pergi dulu." "Baiklah!" Dalam langkahnya keluar dari kelas 2 Gemilang, dia hanya memerhatikan Angel saja. Angel kehairanan. "Pelik mamat ni.. asyik pandang aku je.." batin Angel. Kemudian,  dia segera membuka surat itu. 

Angelica,
Oleh sebab awak dah jadi ahli The Guardians Of Light, kamu akan dipindahkan kelas ke 2 Cahaya, di mana semua ahli TGOL dan murid-murid cemerlang menuntut ilmu di kelas istimewa tersebut. Saya telah berbincang dengan guru kelas 2 Gemilang, Puan Suhaila dan juga Cik Syifa, iaitu guru kelas tingkatan 2 Cahaya. Awak boleh pindah ke kelas tersebut bermula hari esok.

Sekian Terima Kasih,
Puan Zahra

"2 Cahaya? Belum pernah dengar nama kelas tu.. Tak pelah.. aku jumpa Deera nanti.." kata Angel seorang diri. Tanpa disedari, terdapat sepasang mata memerhati gerak gerinya. 

*Keesokan harinya*

"Baiklah murid-murid, hari ni kamu semua akn dapat seorang kawan baru.. Angel, mari sini.." Angel pun segera melangkah masuk ke dalam kelas 2Cahaya. "Sila perkenalkan diri awak.." arah Cik Syifa. "Nama saya Angelica.. saya dari kelas 2Gemilang.." je;as Angel memperkenalkan dirinya. Tiba-tiba, seorang murid perempuan mengangkat tangannya "Cikgu!" 

-Bersambung-

Prepared by : Nagisa Ushio Hinamori (Nana DLuvers)

No comments:

Post a Comment