Wednesday, March 16, 2011

Dialah Angel : Episod 4

*Episod yang lalu:
Puan Zahra : Tak pe..Tak pe..0h ye,,Angelica,,Awak tak tau agy kn nama pari2 Shazlin ?  Shazlin tunjukkan pari2 awk..
Shazlin ingin mengeluarkan loket dari poket bajunya... Tiba2
Shazlin : Tidak !!!!*

Semua yg berada di bilik itu terkejut apabila Shazlin berteriak. Shazlin cemas, sambil menyelongkar poketnya. Dompet, Sapu tangan semua dikeluarkan. "Apasal, Lin?" tanya Harris. "Loket aku! Loket aku hilanggg!!!!" "HAH?!!" semua berteriak, kecuali Puan Zahra & Angel. "Ko letak kat mana, Lin? Habislah kalau ahli Kingdom Of Darkness jumpe.. Entah-entah loket kau dimusnahkan.." kata Hadi, cemas. "Oh Nooooooo~" teriak Shazlin. "Jom, kita bantu Lin cari loket tu..!" cadang Deera. "JOM!" 

  Hampir seluruh sekolah mereka jelajahi, namun loket Shazlin belum lagi dijumpai. Shazlin mencari-cari loketnya di dalam semak samun di taman sekolah itu. "Habis lah aku! Habislah aku! Aku tak nak kehilangan Melodyyy! Melodyyyy!" Shazlin menangis. Dia benar-benar buntu. Waktu itu, Angel kebetulan melalui kawasan itu. Angel menghampiri Shazlin. "Awak..." Shazlin menoleh.. "Angelica?" "Panggil Angel saja.." ujar Angel sambil tersenyum. Angel mengeluarkan sesuatu dri poketnya. "Maaflah, coklat ni dah cair. Tapi, masih sedap! Awak ambil lah coklat ni ye?" "Urm.. terima kasih, Angel.." "Same-same! Eh, sebelum awak makan.. awak tutup dulu mata awak dan wish awak boleh jumpa loket awak tu... Lepas tu awak makanlah. Mudah-mudahan lepas awak habis makan cokelat tu, kite jumpe kalungnye.." Shazlin mengangguk. Setelah itu, dia memejamkan matanya dan berharap dia boleh jumpa kalung kesayangannya semula. Dia membuka matanya. "awak nak sikit?" "tak pelah.. awak makan je coklat tu. Saya nk cari kalung awak" "urm.. ok..." Angel berdiri lalu melangkah keluar dari taman itu. Beberapa minit kemudian, setelah Shazlin menghabiskan coklat itu, kedengaran suara Angel memanggil namanya. "Lin! Saya dah jumpa loket tu!!!" Angel berlari ke arahnya sambil melambai-lambai tangannya. Shazlin  tersenyum riang. "Melodyy!" jeritnya. 

  Tiba-tiba, satu lembaga muncul dan merebut loket Shazlin dari tangan Angel. Lembaga itu sepantas kilat berlari ke arah pokok, dan memanjatnya. "Saya ambil loket awak.." kata lembaga itu dari atas pokok sambil tersenyum sinis. "Awak, Fienaz?!" ucap Shazlin, dengan nada yang agak marah. "Fienaz? Sape die?" "Ahli Kingdom Of Darkness.." jawab Shazlin.. "Kingdom Of Darkness? Tak faham lah.." "Angel!" teriak Miki, diikuti dengan Harris dan yang lain. "Miki? Kawan-kawan!" "Angel! Mari kita ambil kalung Shazlin tu!" arah Miki.. "Ta..tapi mcam mana? Saya.. saya tak tahu apa-apa!" jelas Angel. "Tak pelah! Biar saya dan Vanila saja yang cuba rebut loket tu.." kata Deera. "Vanila!" Vanila mengangguk. Setelah itu, Deera mengeluarkan loketnya dan menggenggamnya erat. "Queen Of Light, transformation!" jeritan Deera diikuti satu cahaya yg amat terang. Setelah itu, cahaya itu menghilang dan muncul Deera dengan pakaian yang amat menawan sekali, seperti seorang puteri raja. Deera memakai gaun yang berwarna biru muda, dan juga tiara yang bersinar di atas kepalanya. Tidak terkecuali sepasang kasut tumit tinggi terpasang di kakinya dan barang kemas seperti rantai dan gelang menyerikan lagi Deera pada waktu itu. . "Cantiknya!" puji Angel. Rambut Deera terurai kemas, meskipun pendeknya cuma paras bahu. Deera juga memegang tongkat sakti yang berwarna emas.  "Transformation completed! Shining Queen!"

  Deera berlari ke arah Fienaz, dan bermulalah perlawanan antara mereka. Angel hanya sebagai penonton, kagum dengan Deera. "Kalau aku dengan Miki nanti.. agaknya mcm mana ye?" bisik hati kecilnya sambil memandang Miki dan tersenyum. Miki yang perasan dengan pandangan Angel, langsung membalas kembali senyumannya. "Heh.. ko tak kan dapat tewaskan akuu... ko tau tak? aku ni ahli Kingdom Of Darkness tahap 5 tau. Kau tu, baru tahap 2.. nak tewaskan aku? Jangan pernah mimpi, weh.." jelas Fienas, angkuh. Deera mengetap bibirnya. "Ape kau kate??" Deera berlari ke arah Fienaz dan menghalakan tongkat saktinya ke arah Fienaz. "Shining Bublbles!" teriak nya dan keluar satu bebola cahaya, menyerupai buih dari tongkatnya.. Fienaz tidak sempat mengelak dan terpelanting jauh dari tempat Deera berdiri. Akibatnya, kepala Fienaz terhantuk pada pokok. "Hurm.. Boleh tahan.. Mungkin kali ni, aku terpaksa menyerah diri... Tapi, kau kena ingat.. aku masih belum tewas! Kau tunggu pembalasan aku!" kata Fienaz, sambil tersenyum sinis dan berlalu pergi. Deera mengelap peluh di dahinya. Nafasnya, turun naik..  "Transformations, disabled." ucap Deera. Dengan serta merta, dia kembali ke keadaan asal.

  "Lin, ni loket awak..." kata Deera sambil menyerahkan loket Shazlin. "Terima kasih Dee.." ucap Shazlin sambil menggenggam loketnya. Sejurus selepas itu, muncul satu lembaga dari loket itu. Sama seperti Miki dan yang lain. "Melody!" Shazlin memeluk pari-parinya. "Angel, ini pari-pari saya, Melody." "Hai!" ucap Melody. "Hai, Melody.."  "Awak ke ahli baru tu?" tanya Melody. Angel mengangguk "Oh ye? Dan awak, penjaganye?" Miki mengangguk. "Saya Miki. Selamat berkenalan, semoga kita dapat berkawan baik." Melody mengangguk riang. 

  * Petang itu, Angel terpaksa mengikut Deera pulang kerana dia ketinggalan bas.*

  "Terima kasih, Deera. Sebab sudi hantarkan saya pulang." ucap Angel. "Sama-sama. Esok, kita jumpa kat sekolah, ya?" Angel mengangguk. Setelah itu, dia melangkah masuk ke dalam rumahnya. "Assalammualaikum.." ucapnya. Seorang budak perempuan membuka pintu itu. "Kakak..." 

-Bersambung- 

by : Nagisa Ushio Hinamori (Nana DLuvers)

No comments:

Post a Comment