Wednesday, March 16, 2011

Dialah Angel : Episod 8

Episod yg lalu :
*! Waktu Rehat !

Balqis : Woy Budak.........*

 Angel menoleh ke belakang. Diukirnya senyuman yg cukup manis buat Balqis.. "Qis! Lame tak jumpe!" "urm.... memanglah.. kan awak dh masuk kelas pandai. Ada awak kesah pasal saye lagi? Saya tahu.. saya tak sebaik Shazlin, tak sepandai Dayana dan tak secantik Deera.. tapi, kenapa awak sanggup mungkir janji? Sejak akhir-akhir ni... awak dah jarang tegur saya. Sejak awak masuk TGOL, awak sekali pun tak pernah tegur saya. Jijik sangat ke saye di mata awak? Rendah sangat ke darjat saye klu nk dibandingkn dgn ahli-ahli TGOL?"  "Qis... sa..saya tak maksudkan awak berbeza dgn TGOL.. saya sayang awak Qis.. awak kawan pertama saya kat sekolah ni... Takkan saya sanggup benci awak..." "Dah tu.. saya minta awak tinggalkan TGOL!!" Angel terkejut dgn permintaan tersebut. "Ta..Tapi kenapa?!" Balqis tertunduk... " kalau awak nak tau.. saye benci TGOL... benci sangat-sangat! Sebab diaorg, ramai pelajar sekolah ni yang pindah! Termasuk kawan karib saya, Puteri. Diaorg..diaorg perangkap murid-murid baru sekolah ni, jadi ahli diaorg. Lepas tu, diaorg akn ambil semua mimpi-mimpi yang ada pada pelajar tersebut.. Kawan saya, Puteri.. memasang impian nak jadi seorang artis terkenal... tiba-tiba je dia dilantik sbg ahli TGOL... dan lepas tu, dia tak pernah berhubungan dgn saye lgi..hingga pada satu hari, saye jumpe die di taman.. die kate kat saya.. 'Qis..saya tak nak teruskan cita-cita saya lagi. Lebih baik saya  berhenti mengejar impian saya yg x kan pernah tercapai tu.. saya tak de bakat.. saya mmg tak de bakat, Qis.. saya benci bidang nyanyian!' Saya mmg betul-betul tak sangke.. sebab, Puteri seorang yg ttp pendirian... dah tu, saya cari siapa dalang semua ni.. dan akhirnya, sye jumpe jawapannye.. rupanya TGOL.. TGOL yg buat semua tu!" jelas Balqis, menabur fitnah yg bukan-bukan ttg TGOL.. "Biar betul! awak..awak tak tipu?" " Jangan percayakan die Angel! Die tipu! TGOL bukan mcm tu!" jerit Miki "Saya tak tipu! Selama kita berkawan.. ade saye tipu awak?!" tegas Balqis. Angel terdiam..

***---***---***---***---***---***

  Sejak kejadian tersebut, Angel mula menjauhkan diri dari TGOL... sudah seminggu... seminggu dia berdiam diri.. dan seminggu juga Miki menghilang entah ke mana. Puas ahli-ahli yg lain cuba menegur Angel, tpi, Angel asyik mengelak sahaja. "Pelik lah Angel tu. Dah seminggu die tak layan kite. Dee, kau tau ape2? Kau kan kwn karib Angel?" tanya Dayana. Deera menggeleng... "Ha'ah.. pasal dgn dia tu? Tetibe jadi dingin.. kene sampuk kot.." kata Hadi, menyindir. "Yalah.. Tapi, korang ada perasan tak, Miki pun dah menghilang?" tanya Nero. Pari-pari kecil yg lain mengangguk. "Ha'ah.. Lama tak jumpe Miki.." Vanila membuat muka sedih. "Jangan-jangan... Qis dah......." Deera tidak menyambung ayatnya. Ahli-ahli TGOL yg lain kehairanan "Qis?" serentak mereka berempat menyebut nama itu. 

***----***---***---***---***---***

   "Angel..." Deera menyapa dari belakang. Angel menoleh seketika, dan kemudian berpaling ke hadapan semula. "Nape?" tanya Angel, dgn nada yg marah.. "Angel, awak ni nape? Ape salah kami? Kenapa awak tak layan kami dah? Kalau kami ada salah, just straight to the point lah.. bagitau kami, supaya kami boleh cari kelemahan kami.." Angel mencebik. Deera cuba memegang bahu Angel, namun ditepis kuat oleh Angel. "Tak pelah.. sye tak paksa awak. Tapi, sya nasihatkan awak supaya jauhkan Balqis! Tolonglah Angel. Saya tak nak awak terperangkap dengan muslihat die..." "Tak yahlah nk burukkan nama Balqis kat sini. Saya takkan percaya. Sia-sia je liur dan tenaga awak nk fitnah Balqis..." Deera menundukkan mukanya. Rasa kecewa, sedih dan geram menguasai dirinya. Digenggam rantai kunci yg pernah Angel berikan, sbg tanda persahabatan mereka. Deera memandang rantai kunci itu.

*Flashback*
"Cakkkkkk!" Angel menepuk bahu Deera. Dengan serta merta, Deera melatah. "Angel!! Janganla kejutkan aku cm tu. Aku sakit jantung karang, kau yg susah!" Angel tersengih. "Aler.. janganlah marah, cik Deera! Aku nk bagi kau sesuatu..." Deera memandang Angel. "Bagi sesuatu? Apasal lak? Hari jadi aku lama lgi.... 8 bulan lgi.. skrg kn bru bulan April.. kau mimpi ke, Angel?" "Yelah! Aku tau.. hari jadi kau bulan Disember. Ade aku kate hari ni hari jadi kau?" Deera menggeleng. "Tau tak pe! Ni hah.. aku nak bgi kau keychain.. jeng jeng jeng...." Angel menghulurkan rantai kunci berbentuk hati kepada Deera... 'Friendship is everything' itu yang tertulis di atas rantai kunci itu. Manakala pada bhg belakang, tertulis nama Angel dan Deera. Deera tersenyum. "Dee... kau jaga keychain ni baik-baik.. kalau die hilang atau rosak... maknanye, persahabatan kite tak lama. One more, jangan bgitau Dayana ye.. aku takut die cemburu nanti..." Angel tersenyum. Deera mengangguk pantas, disertai dengan senyuman terharunya. 

* FlashOn* 

  "Tak! Aku tak boleh menyerah! Keychain ni belum hilang atau rosak lagi.. Aku pasti, ini bukan pengakhiran hubungan kami! Ya! Ya! Aku pasti sangat!" Deera mengumpul semula semangatnya yg hilang. Dia pasti, dia boleh memulihkan semula hubungannya dengan Angel. Tersangat-sangat yakin! Baginya, Angel lah satu-satu sahabat yang dia punya. Meski ada Shazlin dan Dayana, namun baginya, Angel lah satu-satunya sahabat yg rapat dgn dia.. sejak pertama kali mereka bertemu.. Deera merasakan, Angel seperti sahabat karib nya sejak kecil yg sudah menghilang entah ke mana. Cara dia bercakap, senyum dan ketawa, hampir mirip dengan Angel... 

-Bersambung-

Prepared By : Nagisa Ushio Hinamori (Nana DLuvers)

No comments:

Post a Comment